Selasa, 12 Januari 2010

TUGASAN PROJEK

INSTITUT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
MATA PELAJARAN : BM AKADEMIK II
TARIKH MULA : 25.01.2010
TARIKH HANTAR : 11.03.2010


Pantun merupakan karya puisi Melayu tradisional yang masih bertapak kukuh dalam akal budi dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini, walaupun banyak jenis puisi tradisional lain yang kian luput ditelan zaman. Pantun, dikatakan puisi tua dalam kesusasteraan Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Salah satu aspek yang nyata dan istimewa ialah unsur bahasa dan kebahasaan yang terdapat dalam pantun dan digunakan dalam pelaksanaan adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang pelbagai. Untuk menggalakkan anda menghayati dan menghargai puisi ini secara langsung serta mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan betul, kreatif dan berkesan, anda dikehendaki menyediakan tugasan seperti di bawah ini:

i. Menyediakan satu folio tugasan.
ii. Menyediakan prosedur kerja dan senarai semak (agihan tugas dan pengumpulan
bahan).
iii. Mengumpulkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pantun.
iv. Menganalisis keindahan bahasa yang digunakan dalam pantun.
v. Mencipta beberapa rangkap pantun.
vi. Menjalankan aktiviti berbalas pantun.