Selasa, 12 Januari 2010

PERINCIAN KANDUNGAN KURSUS
Tajuk : Bahasa Melayu II Akedemik
Jumlah Kredit : 5 kredit (75jam)

Sinopsis :
Mata pelajaran Bahasa Melayu II komponen Akademik Kursus Persediaan bagi Semester 2 mengandungi unit yang terdiri daripada kemahiran berbahasa dan kesusasteraan Melayu. Dengan mempelajari mata pelajaran ini, pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan berkesan dan menguasai kandungan dan struktur kesusasteraan Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat:
(i) Membuat komentar terhadap hasil karya sastera,
(ii) Menguasai konsep-konsep bahasa dalam komunikasi, dan
(iii) Mengenal pasti cara yang betul untuk menguasai kemahiran berbahasa.

3.0 KEMAHIRAN BERBAHASA (45jam)
3.1 Kemahiran Lisan (15 jam)
3.1.1 Kemahiran Mendengar
3.1.2 Konsep Mendengar
3.1.3 Proses Mendengar
3.1.4 Kemahiran Mendengar
• Aktif
• Pasif
3.1.5 Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar
• Awal
• Pertengahan
• Maju
3.2 Kemahiran Bertutur
3.2.1 Konsep bertutur
3.2.2 Tujuan bertutur
3.2.3 Aspek-aspek pertuturan
3.2.3.1 Sebutan
3.2.3.2 Tekanan
3.2.3.3 Jeda
3.2.3.4 Intonasi
3.2.3.5 Tatabahasa
3.2.3.6 Kelancaran
3.2.3.7 Kefasihan
3.2.3.8 Laras bahasa
3.2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan
3.2.4.1 Umur
3.2.4.2 Kecerdasan
3.2.4.3 Kesihatan
3.2.4.4 Fizikal
3.2.4.5 Alam sekeliling
3.2.4.6 Jantina
3.2.5 Dwibahasa
3.2.6 Peringkat-peringkat kemahiran bertutur
3.2.6.1 Awal
3.2.6.2 Pertengahan
3.2.6.3 Maju
3.2.7 Jenis-jenis aktiviti bertutur
3.2.7.1 Berbual
3.2.7.2 Bercerita
3.2.7.3 Berpuisi
3.2.7.4 Berbincang
3.2.7.5 Berceramah
3.2.7.6 Berpidato
3.3 Kemahiran Membaca (15 jam)
3.3.1 Konsep, tujuan dan proses membaca
3.3.2 Jenis-jenis bacaan
• Bacaan mekanis
• Bacaan mentalis
• Bacaan intensif
• Membaca pantas
• Membaca secaraimbasan
• Membaca secara luncuran
• Bacaan ekstensif
3.3.3 Peringkat kemahiran membaca
3.3.3.1 Kesediaan membaca
3.3.3.2 Prabacaan
3.3.3.3 Membaca secara mekanis
3.3.3.4 Membaca dan memahami
3.3.3.5 Bacaan intensif
3.3.3.6 Bacaan ekstensif
3.3.4 Peringkat pemahaman
3.3.4.1 Lateral
3.3.4.2 Interpretasi
3.3.4.3 Inferensi
3.3.4.4 Menilai
3.4 Kemahiran Menulis (15 jam)
3.4.1 Konsep menulis
3.4.2 Tujuan menulis
3.4.3 Jenis-jenis kemahiran menulis
3.4.3.1 Secara mekanis
3.4.3.2 Secara pelahiran mental
3.4.4 Peringkat-peringkat kemahiran menulis
3.4.4.1 Peringkat pramenulis
3.4.4.2 Peringkat mendirikan asas
3.4.4.3 Peringkat untuk perlahiran
3.4.5 Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan
3.4.6 Jenis-jenis penulisan
3.4.6.1 Terkawal
3.4.6.2 Separa terkawal
3.4.6.3 Berpandu
3.4.6.4 Separa berpandu
3.4.6.5 Bebas

4.0 KESUSASTERAAN MELAYU (30 j)
4.1 Genre sastera
4.1.1 Novel
4.1.2 Cerpen
4.1.3 Sajak
4.1.4 Pantun
4.1.5 Syair
4.1.6 Gurindam
4.1.7 Seloka
4.1.8 Nazam
4.2 Struktur
4.2.1 Plot
4.2.2 Watak dan perwatakan
4.2.3 Tema dan persoalan
4.2.4 Latar
4.2.5 Gaya bahasa
4.2.6 Nilai dan pengajaran
4.3 Kajian
4.3.1 Novel
4.3.2 Cerpen
4.3.3 Puisi
4.4 Kritik sastera
4.4.1 Formalistik
4.4.2 Struktural
4.4.3 Feminisme
4.4.4 Sosial
4.5 Sumbangan sastera dalam pendidikan di sekolah

Novel : Ceria Kasih
Puisi : Antologi Bunga Gerimis
Antologi Cerpen : Sesudah Perang
- meilob10
TUGASAN PROJEK

INSTITUT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
MATA PELAJARAN : BM AKADEMIK II
TARIKH MULA : 25.01.2010
TARIKH HANTAR : 11.03.2010


Pantun merupakan karya puisi Melayu tradisional yang masih bertapak kukuh dalam akal budi dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini, walaupun banyak jenis puisi tradisional lain yang kian luput ditelan zaman. Pantun, dikatakan puisi tua dalam kesusasteraan Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Salah satu aspek yang nyata dan istimewa ialah unsur bahasa dan kebahasaan yang terdapat dalam pantun dan digunakan dalam pelaksanaan adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang pelbagai. Untuk menggalakkan anda menghayati dan menghargai puisi ini secara langsung serta mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan betul, kreatif dan berkesan, anda dikehendaki menyediakan tugasan seperti di bawah ini:

i. Menyediakan satu folio tugasan.
ii. Menyediakan prosedur kerja dan senarai semak (agihan tugas dan pengumpulan
bahan).
iii. Mengumpulkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pantun.
iv. Menganalisis keindahan bahasa yang digunakan dalam pantun.
v. Mencipta beberapa rangkap pantun.
vi. Menjalankan aktiviti berbalas pantun.
Konsep Kemahiran Lisan
Kemahiran mendengar
- kemahiran paling asas – peringkat penerimaan
- menguasai kemahiran : dapat mendengar dengan baik, dapat memahami maksud, dan dapat membuat tafsiran
Kemahiran bertutur
- berlaku pada peringkat penglahiran
- kegiatan melafazkan bunyi-bunyi daripada alat artikulasi
- tidak boleh dicipta tetapi perlu ditiru atau diajuk

Proses Komunikasi (Chomsky - 1957)
- berlaku apabila adanya penutur dan pendengar
- setiap pendengar dan penutur perlu ada dua perkara penting iaitu kemampuan (competence) dan pengucapan (performance)
- kemampuan berada dalam otak manusia (satu sistem rumus-rumus yang mampu memproduksi kalimat yang tidak terbatas banyaknya)
- pengucapan ialah bunyi-bunyi yang diucapkan
- kemampuan menghasilkan pertuturan
- skema laku-ucap Chomsky : penutur dan pendengar perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu